Latar Belakang Mazlan Ismail

Dr Mazlan Ismail dilahirkan di Kubang Ulu, Penanti, Bukit Mertajam dalam kawasan parlimen beliau bertanding kepada Puan bt Hamid dan Allahyarham Ismail b Daud (lebih dikenali sebagai Pak Mail bas). Dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin yang mana kedua-dua ibu bapa bekerja sebagai penoreh getah dan bapanya memandu bas sekolah juga di waktu pagi, beliau bertekad untuk mengubah nasib keluarga. Beliau dikenali penduduk tempatan sebagai Abang Lan Telekom, kerana pekerjaan beliau sebagai kakitangan kerajaan semasa bekerja di Jabatan Telekom (kemudian diswastakan menjadi Telekom Malaysia). Setelah tamat sekolah rendah berdekatan rumahnya, beliau meneruskan pengajian di sebuah sekolah berasrama penuh bernama Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Halim di Jitra, Kedah (ketika itu dikenali sebagai JENAN dan kini sebagai SMSAH). Kemudian, Dr Mazlan menyambung pengajiannya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 1978 -1981 dalam Diploma Komunikasi Elektronik dan seterusnya ijazah di Universiti of Salford, United Kingdom pada tahun 1981-1983 dalam kursus yang sama. Dr Mazlan kemudiannya bekerja di Telekom Malaysia sebelum ditaja untuk bagi melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana pada tahun 1996, sekali lagi di United Kingdom di Universiti Coventry pengkhususan dalam Operasi Telekomunikasi. Tahun 2005 menyaksikan beliau menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dari Business and Advance Technology Centre of University Technology Malaysia Kuala Lumpur. Latihan lanjutan termasuk latihan dalam Perancangan Strategik dan Pelaksanaan elekomunikasi di South Bell Telecom, Florida, Amerika Syarikat (1990), Inovasi Latihan & Kepimpinan di Motorola University, Schaumburg, Amerika Syarikat (1995), Latihan Kepimpinan di Madinah Insitute Kepimpinan dan Entrepeneruship, Madinah, Arab Saudi (2012) dan lain-lain.


Rujukan

WikiPedia: Mazlan Ismail http://anwaribrahimblog.com/2013/08/04/what-rm50mi... http://anwaribrahimblog.com/2014/02/03/anwar-karpa... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.negarakita.com/Post-806688-Ribuan+rakya... http://www.theborneopost.com/2013/04/17/former-tm-... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Bekasp... http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/PRU13_...